Dari Mata Hati AKU

Anekdot ILLUSI MAYA

19:07

Di Sebalik Tabir "Cinta Materialistik"

Dicatat oleh ILLUSI MAYA

Drama Bersiri "Cinta Materialistik" Terbitan Regalblue Production


Hujung Tahun lepas 2008 selesai sahaja AKU membuat Penggambaran Drama Bersiri Di Hujung Pelaangi Terbitan Regalblue Production, Jerebu 3 Terbitan Shazanas Production dan Sutera Berduri Terbitan Megabond Sdn Bhd, AKU membuat keputusan untuk bersara seketika dalam bidang lakonan demi untuk menumpukan perhatian di belakang tabir bersama Ritma Picturesque Production.

Tapi setelah menerima skrip dari Regalblue Production, AKU "Menarik Kembali Persaraan" AKU, kerana watak sebagai "Sofian" sangat mencabar.

Sofian Mengabaikan Tanggungjawab Kepada Isteri Pertama lakonan Fazidah Ahmad (tiga dari kiri)

Penyayang Kepada Anak dari Isteri Kedua lakonan Cahaya

Romantis Kepada Isteri Kedua lakonan Sal Halim

Menghancurkan Perniagaan dan Keluarga Dato Hamzah seorang Ahli Perniagaan yang berpengaruh yang menjadi "Shifu" dalam perniagaannya, lakonan Tuan Haji Saini

Menggadai Teman Wanita lakonan Shiela Mohd Noor (Kiri Sekali), untuk menggoda dan menghancurkan perniagaan dan Keluarga Dato Hamzah

Menodai dan Menipu Teman Wanitanya anak Dato Hamzah,lakonan Erna

Mengupah Sepupu lakonan Syukri Mahari Untk Menggoda Isteri Dato Hamzah lakonan Noriah Hamid

Mengarahkan sepupu memerangkap dan memukul anak lelaki Dato Hamzah lakonan Ak Amilin

Menghasut dan menghalang Cikgu Rusdi lakonan Hans Anuar dari menghampiri dan memikat Teman Wanitanya anak Dato Hamzah

Dari kiri, Yani Khamis (Pengurus Produksi ), Shila Mohd Noor,Nurain (Bos Regalblue Production/Penolong Pengarah), AKU , Haji Mohd Saini

Dari kiri, Hans Anuar, Ak Amilin, AKU, salah seorang krew Regalblue Production dan Harlif (Bos Regalblue / Pengarah Drama)

Melepas lelah menantikan giliran, dari kiri Erna, AKU dan Nieza. Depan Cahaya

Di satu lokasi Rumah mewah di Kawasan Damuan, dari kiri : Noriah, Erna, AKU, Siti Diyana, Amoy (Jurusolek), Baque (Juruaudio), Rozie (Jurukamera) dan Ak Amilin

Menerima penerangan dari Harlif Mohammad Pengaraha Drama sebelum memulakan penggambaran

Beberapa Babak dalam Drama Cinta Materialistik

Ikuti Drama Bersiri Cinta Materialistik terbitan Regalblue Production di RTB2

00:43

AKU...

Dicatat oleh ILLUSI MAYA

Aku adalah aku...

Bukan Engkau,
kamu, dia atau mereka.

Biarkan aku berkata dgn nadaku,
Biarkan aku berjalan dgn langkahku,
Biarkan aku hidup dlm dunia ku,

Silakan meneka dan berfikir atau ikut serta,
Tapi jangan kau menghina,

Kerana, Aku adalah aku

23:20

Mitos atau Lagenda...

Dicatat oleh ILLUSI MAYA


Ada Apa Dengan Melayu ?

Nakhoda Manis (Brunei),
Malim Kundang (Indonesia),
Si Tanggang (Malaysia)

Mereka Orang Melayu,
Bangsa Melayu...

Mengapa Dengan Melayu ?

Tapi Aku Tetap Sayang Melayu,
Kerana AKU Bukan Mereka...
Insy'Allah...

01:45

KNK : Cendol Temburong

Dicatat oleh ILLUSI MAYA

KENALI NEGARA KITANI : RITMA PICTURESQUE PRODUCTION

Rumah Haji Saban, Kampung Batang Tuau, Daerah Temburong

Daerah Temburong terletak di sebelah timur Bandar Seri Begawan. Keluasan Daerah Temburong ialah 1,304 kilometre persegi.Daerah Temburong mempunyai reputasi sebagai salah satu destinasi pelancongan yang mengandungi flora dan fauna dan hutan yang hijau.


Daerah Temburong bukan saja kaya dengan Batu Kerikilnya, ia juga begitu terkenal dengan Cendol Temburong terutama sekali di Bulan Ramadhan.


Cendol bolehlah dihidangkan dengan air santan yang telah dimasak dengan gula ataupun

dengan air gula anau.


Cendol diperbuat daripada tepung beras dicampur dengan air dan pewarna berwarna hijau kemudiannya dimasak.


Salah seorang pembuat Cendol yang terkenal di Daerah Temburong dibuat oleh Awang Haji Saban himggakan cendol buatannya dinamakan Cendol haji Saban berasal dari Kampong Batang Tuau Daerah Temburong


Setiap Bulan Ramadhan Awang Haji Saban menyediakan sebanyak Dua Ribu Sembilan Ratus ke Tiga Ribu Bungkus Cendol sehari. Disamping Sembilan Puloh Kilogram Gula untuk perasa.


Cendol mula dimasak di waktu malam dan mengambil masa empat hingga lima jam untuk masak. Apabila telah masak cendol tersebut dibentuk menjadi kecil dengan acuan khas dan kemudiannya di campurkan dengan air yang sejuk.


Proses memasukkan cendol ke dalam plastic bermula pukul Lima Tiga Puloh pagi. Seramai Sebelas orang pekerja perempuan dan tiga orang pekerja lelaki ditugaskan bagi proses ini.




Proses memerah santan pula dimulai dari pukul Lapan pagi, sebanyak Lima Ratus ke Lima Ratus Lima Puloh Biji kelapa diproses untuk dijadikan santan.


Setelah proses semuanya selesai Cendol Temburong dihantar seawal sebelas pagi menggunakan bot laju yang membawa penumpang dari Daerah Temburong ke Bandar Seri Begawan dan seterusnya ke daerah-daerah yang lain mengikut pesanan para pelanggan.

19:16

ikhlas dari AKU untuk Diri nya

Dicatat oleh ILLUSI MAYA


AKHIRNYA KU MENEMUKANMU

akhirnya ku menemukanmu
saat hati ini mulai meragu
akhirnya ku menemukanmu
saat raga ini ingin berlabuh

ku berharap engkau lah
jawaban sgala risau hatiku
dan biarkan diriku
mencintaimu hingga ujung usiaku

jika nanti ku sanding dirimu
miliki aku dengan segala kelemahanku
dan bila nanti engkau di sampingku
jangan pernah letih tuk mencintaiku

akhirnya ku menemukanmu
saat hati ini mulai meragu
akhirnya ku menemukanmu
saat raga ini ingin berlabuh

dipopularkan oleh = naff